Rabu, 2 Mei 2012

Tanda Kedatangan Dajjal dan Tipu Helah Amerika

Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.

Petang hari kami yang mendengar  Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik", tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada disamping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim". 

Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet. Aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!. 

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?", jawab Rasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin. 

Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan. 

Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; "Keluarkan perbendaharaanmu!" maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya. 

Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa. 

Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut. 

Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. "Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit", lalu Allah Taala mengeluarkan Ya'juj dan Ma'juj. 

Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; "Sesungguhnya dahulu ada air di sini". Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan). 

Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya. 

Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t. 

Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; "Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!" 

Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat. 

Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat. 
Contoh kedatangan Dajjal:



  Duit ini adalah dui US Dollar Amerika . Orang yahudi telah ingin mempecah belahkan orang Islam.Seperti Imam Syed Mohammad Mohaisany telah di tangkap oleh Rejim Saudi Arabia selepas berdoa d Masjidil Haram .Dia telah ditangkap oleh kerajaan saudi untuk membuat dua meminta murka allah, atas AS kerana rakan seperjuangan mereka di Iraq.Semoga Allah swt melindungi dan memberkati dia amin ya rabb al alameen.

Isnin, 30 April 2012

Duit manakah yang berkualiti ????



Video ini telah membuktikan duit syiling Malaysia yang lama lebih berkualiti dari duit syiling yang baru  .


Duit syiling yang baru kelihatan bersinar dari duit syiling yang lama. Tetapi kualitinya rendah berbanding duit yang lama. Duit syiling yang baru banyak menggunakan besi (10 sen) .

Selasa, 17 April 2012

Kisah Keajaiban Bermuda Triangle




Bermuda Triangle: The StoriesSalah satu keajaiban pelik, Segitiga Bemuda pheonomena secara meluas dikenali. Ia juga mempunyai kemungkinan pelbagai.

Lokasi Bermuda, Segitiga
 
Terletak di tengah-tengah Miami, Peurto Rico dan Bermuda, terdapat kawasan laut bahawa orang takut untuk menginjak-injak. Dalam bentuk segitiga, Bermuda Triangle adalah rumah kepada beberapa dissapearences pelik di dunia ini.Dissapearences di Segitiga Bermuda
 
KAPAL:Salah satu yang dissapearances awal abad ke 20 yang paling terkenal adalah Cyclops.Dia misteri hilang pada tahun 1918 dengan 308 kapal. Orang telah dipanggil Tentera Laut "Rahsia-rahsia Besar Laut".
 
Banyak kapal-kapal Tentera Laut AS dissapeared di Segi Tiga Bermuda antara 1780 dan 1824. Ini Termasuk Gates Besar, pemberontak, Hornet, Wildcat, Pickering, Expervier dan Wasp.
 
Rosalie adalah sebenarnya sebuah kapal yang sebenar. Dibina pada tahun 1839, beliau adalah 220 nada kayu. Pada tahun 1840, beliau telah ditemui ditinggalkan dalam (berhampiran BT) Bahama. Dia TIDAK adalah Rossini.
 
Terdapat banyak, banyak, banyak, banyak lagi, tetapi saya tidak akan pergi ke mereka.

 
PESAWAT:Saya tidak akan pergi lebih mendalam, dengan ini, danpenyelidikan  belum selesai ini akan menjadi tidak lama lagi walaupun!Penjelasan Kemungkinan Segitiga Bermuda 
  Dengan begitu banyak dissapearences yang tidak meninggalkan satu petunjuk ...ataupun panggilan kecemasan, ramai orang tertanya-tanya mengapa begitu banyak pesawat dan kapal-kapal baru kehilangan. Salah satu penjelasan - dan salah satu kegemaran saya ialah bahawa mungkin terdapat beberapa jenis portal ke dimensi parralel ( selari ) di mana orang yang tidak berdosa ini dapat disedut masuk ke dalam. Iaitu mereka boleh berada di sini, tetapi benar-benar tidak, atau mereka kembali pada zaman dinosaur. Satu lagi penjelasan ialah bahawa daya graviti pelik menarik yang lalu lalang oleh mendapatkan ditarik di bawah dengan, lemas mereka. Ada juga yang mengatakan bahawa 'orang asing' menanti penduduk di sana untuk mengambil kembali di sana planet (walaupun penjelasan ini adalah highy rekaan). Satu penjelasan yang agak baru mungkin di bawah kawalan kerajaan, projek rahsia untuk memikirkan jika masa perjalanan atau membuat kehilangan objek mungkin. Benar-benar tiada sesiapa pun yang akan tahu. Tetapi hakikat bahawa kapal dan pesawat hanya mudah pergi dari radar 'seolah-olah agak menyedihkan.